Friday, August 21, 2009

National Day in Ramadhan

Sudah terlalu lama saya tidak memperbaharui post-post di blog ini. Belakangan ini saya dan rakan-rakan teramat sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi PMR. Oh ya, sebelum itu, izinkan saya membuat pengumuman. Mulai hari ini, segala postku akan ditulis dalam penggunaan bahasa yang betul. HAHA.

Hari ini saya digemparkan dengan berita bahawa saya mendapat tempat keempat di dalam kelas sempena Percubaan tempoh hari. Tempat keempat bersama gred 6A2B. Saya bersyukur kepada Allah kerana walaupun baru di peringkat PMR, saya sudah dapat melihat bayangan Universiti institut Teknologi MARA, Jengka. Dan saya turut dapat melihat bayangan Ahmad Shazwan di universiti tersebut. Saya sedang mengejar impian saya untuk belajar di universiti itu. Oleh itu, saya terlalu mentarget akan keputusan 8A untuk PMR nanti. InsyaAllah.

Hari ini sudah bermula lah orang Islam berpusu-pusu ke Surau SA2 (kalaw anda duduk Shah Alam 2, Puncak Alam) untuk menunaikan solat terawih. Seperti biasa, imam berbangsa Kemboja itu yang mengimamkan kami. Saya berdoa agar saya mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR di samping mengharapkan agar negara saya yang tercinta tidak lagi dijajah. Selain itu saya turut berdoa agar saya terjumpa Ahmad Shazwan lagi kerana sudah hampir 3 bulan dia hilang. Akhir sekali saya berdoa supaya Ahmad Mutmain sedar akan kehodohan teman wanitanya. HAHAH!

Tepat jam 3.30 nanti, ayah akan membawa kami ke McDonald's untuk bersahur. Saya tidak dapat melelapkan mata, jadi saya mentaip benda merepek ini. Saya tahu, hanya kawan-kawan saya sahaja yang sudi membaca blog saya ini kerana banyak isu dan gaya bahasa yang disensoredkan.

Pasti ada yang tertanya, mengapa saya tuliskan How Should a Malaysian Teenage Celebrates National Day sebagai tajuk pada awalnya. Ia adalah kerana perkara tersebut tiba-tiba ter'pop' di dalam minda saya. Seterusnya, saya sendiri tidak tahu untuk menjelaskan apa yang patut seorang remaja Malaysia buat sempena merayakan Hari Kemerdekaan. Saya rasa anda patut fikir sendiri, kerana anda pun golongan remaja yang sudah akil baligh dan mampu berfikir dengan waras.

Akhir kata, smabutlah Merdeka dan bulan Ramadhan ini dengan cara yang positif.

No comments:

Post a Comment