Sunday, October 25, 2009

Life After PMR

Bunyi jarum jam Adidas berdetik hampir serentak dengan bunyi jantung berdetak. Sebentar lagi, kami bakal merdeka! Akhirnya tepat jam 9.40 pagi, pada tanggal 13 Oktober 2009, ketua pengawas berteriak ;

"Baiklah, masa telahpun tamat. Sila letakkan pensel anda"


Lantas, hati kami turut sama berteriak ;

"Yahoooooo! Merdeka, man!"

Azalea, teman sepermainan kelihatan macam nak meloncat tapi malu-malu. Wajah masing-masing yang sejak 2 bulan lalu seperti muka mati bini, menjadi ceria semena-mena macam orang 4 bini.
__________________________________________________________________

Life after PMR, sememangnya membosankan. Pergi ke sekolah tanpa tujuan, pulang ke rumah tanpa tujuan untuk merevise, tidur tanpa tujuan yang apabila bangun keesokannya mengisi minda dengan ilmu. Melayari internet juga kadang-kadang bagai tiada tujuan kerana timbul soalan, 'eh, aku nak bukak ape eh? myspace ke facebook? ke update blog?'

Jadi bolehlah disimpulkan bahawa sebenarnya hidup tanpa tujuan sungguh memboringkan.

Kadangkala, bila tidur pun macam tak tentu. Pusing kiri, terfikir, 'ape aku nak buat esok?'. Pusing kanan terfikir, 'nak pergi sekolah ke ponteng esok?'. Terlentang pula terfikir, 'bila boyfriend aku nak reply text nie?'

Makan tak usah kata. Kalau di kantin sekolah, bila makan, persoalan yang timbul ialah, 'lepas ni tayangan cerita ape eh?'. Bukan lagi macam dulu, 'lepas ni pergi Bilik Geo ke tak?'

Kesimpulannya, PMR 2009 memang menyusahkan setiap remaja Malaysia yang lahir pada tahun 1994. Tapi, bila difikirkan balik, hidup selepas PMR sama seperti hidup seorang penganggur yang kerjanya setiap hari, makan minum tidur lepak menaikkan bil telefon dan internet serta menambahkan perbelanjaan topup mingguan.

Jelaslah, hidup ini sebenarnya perlu ada tujuan. Dan tujuan saya menulis entri yang kali ini ialah bagi menghilangkan rasa bosan setelah hampir dua minggu jadi penganggur. SEKIAN.


p/s : memandangkan saya seorang yang agak rajin belajar, kini saya bercita-cita untuk menjadi seorang yang rajin update blog, mulai hari ini. HAHA

No comments:

Post a Comment