Jadi hari ini kerja saya hanyalah menonton TV, yang dahulunya musuh ketat saya. Sekarang TV seakan rakan baik selepas Azalea. Sebelum ke sekolah, tengok TV. Di sekolah, tengok TV. Tayangan tu kira TV lah. Pulang sekolah, apalagi. Malam juga tidak ketinggalan menonton football match.
Pagi tadi, dua jam saya habiskan untuk menengok sinetron Intan di Astro channel 109. Ya, heronya cukup hensem. Dude Harlino. Boleh jadi angau. Sudah tu, jiwang pula kisahnya. Sayakan memang jiwang. Hari ini saya cukup bertuah kerana saya berpeluang untuk mempelajari satu lagi poem jiwang dari cerita ini. Poem tu berbunyi;
Orang di Utara bilang gunung itu indah, aku DIAM.
Orang di Selatan bilang laut itu indah, aku DIAM.
Orang di Timur bilang bintang itu indah, aku DIAM.
Orang di Barat bilang bulan itu indah, aku DIAM.
Orang di Utara, Selatan, Timur, dan Barat, DIAM.
Aku bilang INTAN yang indah.
Orang di Selatan bilang laut itu indah, aku DIAM.
Orang di Timur bilang bintang itu indah, aku DIAM.
Orang di Barat bilang bulan itu indah, aku DIAM.
Orang di Utara, Selatan, Timur, dan Barat, DIAM.
Aku bilang INTAN yang indah.
Saya boleh gerenti saya akan cair macam coklat kalau ada lelaki yang tujukan poem macam ni pada saya, sebagaimana hero tu buat pada heroinnya.
Tapi hakikatnya, saya tidaklah seindah gunung, laut, bintang atau bulan. Malah saya mungkin sehodoh bukit-bukau yang ditarah di sekitar Puncak Alam ni, nak buat pembangunan. Kalau boyfriend saya baca puisi ni depan saya, dia memang mintak penampar. Saya akan cakap;
'Kau bohong! Mana mungkin aku lagi indah dari gunung, laut, bintang atau bulan.'
HAHA. Kasihan. Saya bercanda kok. Kalau ada yang berani recite the poem to me, I would take that as a compliment. I mean, siapa tak nak dipuji macam tu walaupun sebenarnya mukanya sehodoh tanah yang runtuh. HAHA.
Kesimpulannya, bila mencari boyfriend, pilihlah yang romantik. Perasaan anda akan terbuai dengan keromantikannya. Daripada yang hampeh, rasa macam nak tampar.
No comments:
Post a Comment